Monday 29 February 2016

Cerita Hatiku Dari Ofisku Ke Ladangku

Assalamualaikum wbt/ Salam Sejahtera.

Hai hei hoo...

Sebagai pengenalan atau intro bak kata omputih, nama penuh seperti yang tercatat di dalam Kad Pengenalan ku ialah - Nur Hanim binti Mohamad. Media sosialku semuanya guna nama Hanim Mohamad. Saya@aku ni dikatakan 'Anak Sejati Selangor Selamanya' (nampak tak betapa segalanya 'Se'). 

Lahir kat Hospital Kajang, Daerah Hulu Langat. Sekolah rendah kat Pekan Bangi. Sekolah Menengah dekat sempadan Bandar Baru Bangi dengan Kajang (Jalan Reko je pun namanya). IPT yang berbesar hati memilih saya@aku ialah Politeknik Sultan Idris Shah, di Sabak Bernam (bahagian utara Selangor yang lagi sikit je nak masuk Perak). Latihan industri a.k.a praktikal dekat Klang Bandar Diraja Selangor. Lepas habis belajar, saya@aku terus dapat kerja (Alhamdulillah rezeki dari ALLAH SWT) kat badan berkanun persekutuan dengan pejabat di Petaling Jaya (percaya tak, tak keje kat KL, masih di SELANGOR). Sekarang dah berhenti kerja tu, kerja di ladang haiwan ternakan abang saya, di Pekan Bangi lerrr. (Pekan Bangi ni dekat sangat sangat sangat sangat sangat dengan Nilai 3 [Dunia shopping org nak kawen] di Negeri Sembilan) tapi alamat Selangor jugak! Percaya ke Percaya?? Disertakan peta daerah-daerah di Selangor supaya korang dapat gambaran betapa besarnya Negeri Selangor ni, hingga aku tidak ditakdirkan untuk keluar dari Selangor ni! (kredit gambar : Abang Gugel yg ensem)

Oleh kerana nak menumpang glamour dan mengaguminnya, saya@aku bangga nak annouce bahawasanya aku berkongsi tarikh lahir yang sama dengan si cantik manis (aku tak cantik macam dia la opkos!)  Noor Neelofa Mohd Noor - cuma aku lahir tahun sebelum Neelofa dilahirkan. Jadi sebagai pengenalan, nak bagi korang soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kepada semua pengunjung blog ini, kalau nak tau umur aku, sila tanya Abang Gugel bilakah tarikh lahir neelofa, dapatkan umur semasa Neelofa dan tambah 1 pada umurnya = umur Hanim Mohamad <--- taktik taknak bagi tau umur...ngeh3x

Kenapa saya@aku tulis blog ini dan kenapa nama blog ni ala-ala konsep fairytale(fairytale ke mcm cerita Pak Pandir)??? (Penting : Selepas ini hanya penggunaan aku sahaja)

Dengan latar belakang aku dan pekerjaan aku serta persekitaran aku, so many things to share dan banyak perkara yang aku nak betulkan dalam dunia ni.  Bukan nak bangga diri, tapi rasanya aku perlukan platform untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja tentang apa sahaja! Sebab tu letak nama blog cerita dari ofis ke ladang. Makanya, orang yang keje kat ofis boleh baca blog ni untuk experience sharing, dan orang keje ladang pon boleh bagi pendapat... Paling pentingnya, nak polish balik bakat menulis ku.. Ahah! lupa nak cakap, aku bercita-cita nak jadi penulis yang berjaya dalam pelbagai genre. Doakan aku ye!
p/s : Terdapat beberapa perkataan 'bahasa pasar' di dalam blog ini yang tidak digalakkan untuk diguna dalam perbualan rasmi@formal. Kalau buat presentation kerja2 korang, guna bahasa2 ini, sila bersedia untuk ditegur pensyarah@markah kene potong tanpa notis.